Monday, 6 February 2012

February Frinjan

This is our first show for 2012. we've been invited by Frinjan to perform a slot at Pekan Frinjan in February 24th. so, come and join us ! see you guys there !

here is the event details (copied from frinjan facebook) :

--------------------------------------------------------------------------------------

Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam. Edisi yang ke 27 akan berlangsung di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor pada hari jumaat, 24 Februari.

Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (depan UNISEL dan bersebelahan Taman Tasik Seksyen 7)
Tarikh: 24 Februari 2012, Jumaat
Masa: 8 malam (bazar bermula jam 5 petang)

Barisan pengkarya:

- Najwa Latif
- Malaysia Ukulele Group (MUG)
- Zip Zieller
- Skinbasher
- Sham Kamarul
- Iamneeta

- Promo Malaysia Ukulele Day 17 Mac 2012

*Lain-lain pengkarya akan diumumkan dari semasa ke semasa

*Berminat untuk tampil, dipersilakan emel ke frinjan@gmail.com

Baucar buku RM200 boleh digunakan di booth Distro Buku, Selut Press, Gerakbudaya & Lejen Press!

juga pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. Tidak lupa untuk untuk yang suka berfesyen dan membeli belah apa saja, puluhan gerai menanti :)


Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan.

Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Tentang Frinjan

Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial.

Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku. Isu-isu sosial politik yang dimaksudkan itu adalah politik nilai yang bersifat sejagat dan melangkaui politik kepartian iaitu tentang hak asasi manusia, menolak perkauman, kebebasan berekspresi dan sebagainya.

Frinjan juga sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

012 204 4557 : Paan (Pertanyaan Umum)
012 664 8873 : Hadi ( Pasar Buku)

atau emel ke frinjan@gmail.com

Facebook: http://www.fb.com/frinjan
Twitter: http://www.twitter.com/frinjan
Blog: http://frinjan.blogspot.com/

Pekan Frinjan 27 ini dianjurkan oleh Komuniti Frinjan dengan sokongan dari GEN-S, Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA

Terima kasih! :)

13 comments: